IWBIZZ
Mula Di Sini (Getting Started) • ~3 min bacaan • 81 tontonan

Panduan Tambah Staf & Kawalan Hak Akses (Multi-User)

Ketahui cara menjemput kerani akaun, staf jualan, atau juruaudit luar ke dalam portal perniagaan anda dengan hak akses yang selamat.

Bagi pelan Pro dan Akauntan, anda boleh memberikan akses kepada beberapa pengguna dalam satu masa tanpa perlu berkongsi kata laluan pemilik syarikat.

Peranan Pengguna (User Roles) dalam IWBIZZ

  • Pemilik (Tenant Owner): Kawalan penuh terhadap semua modul termasuk tetapan langganan, pengesahan laporan kewangan, dan penutupan tahun kewangan.
  • Staf / Kerani (Tenant Staff): Boleh merekod transaksi harian Duit Masuk, Duit Keluar, muat naik gambar resit dan menjana Invois. Tidak dibenarkan mengubah tetapan syarikat.
  • Akauntan Luar (Tenant Accountant): Akses khusus untuk melihat Penyata Kewangan, Imbangan Duga, Kunci Kira-Kira dan eksport laporan audit.

Cara Menambah Pengguna Baharu:

  1. Pergi ke menu Pengguna (Users).
  2. Klik butang Tambah Pengguna Baharu.
  3. Isikan nama penuh, alamat emel pengguna, dan pilih peranan (Role) yang bersesuaian.
  4. Tetapkan kata laluan sementara dan klik Simpan.