Mengenai IWBIZZ
Pengurusan Perniagaan & Perakaunan Pintar Serba Lengkap untuk PKS Malaysia
IWBIZZ ialah ekosistem perakaunan awan dan sistem POS (Point of Sale) pintar yang direka khas untuk keperluan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) di seluruh Malaysia.
Disokong dengan integrasi automatik e-Invois LHDN, pengurusan invois pintar, tangkapan resit automatik, buku tunai masa nyata, serta sound box audio segera bagi setiap transaksi jualan yang berjaya, IWBIZZ menjadikan pengurusan perniagaan harian lebih teratur, pantas, dan telus.
Kisah Kami: Bermula dari Memahami Jerit Perih Usahawan
IWBIZZ dibangunkan oleh Etesha Sdn Bhd.
Langkah kami bermula menerusi produk sulung kami, Instaweb, dengan matlamat asas untuk membantu usahawan tempatan membina kehadiran digital dengan mudah. Sepanjang tempoh berinteraksi rapat dengan pelbagai komuniti peniaga, kami melihat satu cabaran besar yang kerap membelenggu usahawan kecil: pengurusan akaun dan kewangan.
Kebanyakan pemilik perniagaan kecil:
-
Tiada latar belakang atau kemahiran khusus dalam bidang perakaunan.
-
Sibuk mengurus operasi harian sehingga tiada masa untuk menyusun resit dan mengemas kini buku akaun.
-
Berdepan kerisauan terhadap pematuhan sistem cukai dan e-Invois LHDN.
Sistem perakaunan konvensional di pasaran lazimnya rumit, mahal, dan memerlukan staf perakaunan khusus. Dari situ, kami komited mencari formula terbaik sehinggalah terlahirnya IWBIZZ.
Kami membina IWBIZZ dengan konsep paling ringkas: Bagaimana jika merekod akaun semudah mencatat aliran keluar masuk harian?
Di IWBIZZ, usahawan hanya perlu mencatat apa yang masuk dan keluar, atau imbas resit perbelanjaan, dan enjin automasi kami akan menguruskan lejar perakaunan secara automatik. Digandingkan pula dengan sistem POS yang pantas berserta auto sound box untuk notifikasi audio bagi setiap jualan yang berjaya, IWBIZZ memberi ketenangan fikiran agar usahawan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perkembangan perniagaan mereka.
Visi Kami
Memperkasakan usahawan Malaysia dengan automasi kewangan dan pengurusan perniagaan bertaraf dunia pada harga yang mampu milik.
Misi Kami
-
Mempermudah Perakaunan: Menghapuskan kekeliruan debit-kredit melalui automasi pintar yang menjana penyata kewangan lengkap secara terus.
-
Memastikan Pematuhan: Membantu perniagaan tempatan bersedia dan patuh sepenuhnya kepada keperluan e-Invois LHDN tanpa pening kepala.
-
Menyokong Pertumbuhan PMKS: Menyediakan teknologi jualan dan pengurusan pintar bertaraf korporat kepada peniaga kecil dengan kos yang berpatutan.