IWBIZZ
Mula Di Sini (Getting Started) • ~3 min bacaan • 118 tontonan

Panduan Lengkap: Cara Setup Profil Perniagaan & Baki Awal Bank

Langkah asas penting selepas mendaftar IWBIZZ — cara melengkapkan nombor SSM, akaun bank rasmi dan memasukkan baki tunai mula.

Tahniah kerana memulakan langkah mendigitalkan rekod kewangan perniagaan anda dengan IWBIZZ! Sebelum anda merekodkan sebarang urus niaga harian, adalah sangat penting untuk melengkapkan maklumat profil perniagaan dan baki awal wang tunai/bank anda.

Langkah 1: Mengemaskini Profil Perniagaan & SSM

  1. Log masuk ke portal bisnes anda (cth: [nama-bisnes].iwbizz.com atau melalui akaun anda).
  2. Klik menu Tetapan (Settings) pada bar navigasi sisi.
  3. Masukkan Nama Rasmi Perniagaan mengikut sijil pendaftaran SSM.
  4. Masukkan Nombor Pendaftaran SSM (contoh: 202401012345 (SA0123456-A)).
  5. Pilih Jenis Entiti Perniagaan anda (Milikan Tunggal, Perkongsian, Enterprise, atau Sdn Bhd).
  6. Muat naik logo perniagaan dan tandatangan/cop rasmi untuk dipaparkan secara automatik pada dokumen Invois anda.
Tip Penting: Pastikan nombor akaun bank dan nama bank syarikat dimasukkan dengan tepat. Maklumat ini akan dipaparkan secara automatik pada bahagian bawah invois untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran pemindahan online.

Langkah 2: Menetapkan Baki Awal (Opening Balance)

Baki awal ialah jumlah duit yang ada di tangan (Tunai) dan di dalam akaun bank perniagaan anda pada hari pertama anda mula menggunakan sistem IWBIZZ:

  • Baki Mula Bank: Jumlah baki penyata bank pada tarikh permulaan rekod anda.
  • Baki Mula Tunai: Jumlah duit tunai fizikal dalam petty cash atau laci jualan.
  • Stok Awal: Nilai kos barang niaga yang masih belum terjual (jika berniaga produk fizikal).

Setelah selesai mengisi maklumat ini, klik Simpan Perubahan. Kini sistem anda sedia untuk merekod transaksi harian!